Tentang kami

Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MBKKP) IPT/IPP:

Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan IPT/IPP adalah sebuah badan yang ditubuhkan atas dasar perkongsian ilmu kepada semua ahli dalam MBKKP IPT/IPP mengenai aspek pengurusan keselamatan & kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Idea penubuhan MBKKP IPT/IPP tercetus hasil dari perbincangan dalam Bengkel Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan antara IPTA di Malaysia yang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 23 Januari 2003.

MBKKP-2003

Mesyuarat penubuhan MBKKP IPT/IPP telah diadakan pada 17 April 2003 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tujuan MBKKP IPT/IPP ini ditubuhkan adalah untuk memastikan IPT/IPP mempunyai peranan untuk membantu kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan & kesihatan pekerjaan pada masa kini dan akan datang.

 

Antara objektif penubuhan MBKKP ialah:

  • Menyebarkan maklumat & tindakan yang berkesan.
  • Mewujudkan satu jaringan keselamatan dan kesihatan pekerjaan antara IPT/IPP.
  • Mewujudkan kesedaran mengenai KKP.
  • Memanfaatkan semua IPT/IPP terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Membangunkan pengurusan KKP yang terancang, teratur dan jelas.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s